Saturday, 2 May 2015

BEING SINGLE & KRONOLOGI KAHWIN.

ASSALAMUALAIKUM.




*ihsan 9chat*

2015 dan masih tak ada calon. Kenal-kenal pon tak ada. I'm not worry about this but people keep asking when is my turn.*English cabukk* Mana tidaknya orang-orang tanya, kalau kawan-kawan yg lain ada yg dah masuk dua orang anak. Orang-orang tu termasuklah kawan-kawan tadika, kawan-kawan sekolah rendah, kawan-kawan sekolah menengah, kawan-kawan sekolej, kawan-kawan kerja, kenalan-kenalan, jiran-jiran, makcik-makcik gosip, sepupu sepapat, mak pak sedara, sedara bau-bau bacang, MAK SENDIRI pon tanya jugak. -.-" 

Duhh. Kadang benda ni menyakitkan hati bila ditanya lebih dari sekali. Asal jumpa nak tanya. Dalam Whatsapp pon nak tanya. 

*ihsan 9gag*

Kronologi sebelum dan selepas kahwin ye adik-adik.
1.  Mula-mula kita yg bujang ni ditanya, bila nak kahwin, teringin nasi minyak katanya. Dalam hati, nasi minyak kat pasar malam pon ada jual.
2. Bila dah kahwin. Haaaa dah pulak soalan, bila nak berisi ni wokk. Means bila nak pregnant la. Hang ingat pregnant tu macam tabur benih pastu tumbuh terus ke cemana? Benih pokok pon kadang takmau hidup sekali siram, ye dak? Maksudnya kena cuba banyak kali la. Uuuu deep. HAHA.
3. Bila dah beranak dapat first baby, tudiaaaaaaa mai joyah-joyah yg ziarah ni tanya, ni dah dapat sorang, bila nak tambah bagi jadi sepasang ni? Kawan tu tak habis pantang sat gi meroyan baling pinggan baru taw.
4. Dan seterusnya untuk anak ke 2, 3, 4, 5 .....
5. Anak-anak dah besar panjang. Tanya pulak, hang bila nak bermenantu? Pala hotak hang berjambui.
6. Hang bila nak ada cucu?
7. Bila nak ada cucu ke 2, 3, 4, 5 ...
8. Hang bila nak mampuih?
9. Maa Rabbuka?


*Tepuk dahi berjemaah*

Bagi aku, aku tak perlu nak rushing kot benda-benda macam ni. Benda ni kalau boleh biar sekali seumur hidup. Biar yg terbaik. Biar puas hati. In sha Allah kalau ada jodoh, aku tayang ah. Ecehhh. Tak payah sibuk nak tanya. Sebab aku taw jenis hat sibuk tanya banyak-banyak ni pasal depa nak compare, depa punya lagi baguih ka apa. Piiirraaahhhh. Niat tak baik sungguh. Paling jilaka perangai, ada yg kahwin baru berapa bulan, tak sampai setahun dah mengajar orang lain. Kadang ayat dia tu camni, "Rugi taw kahwin lewat. Seronok taw kahwin ni.". Herghhh.
Eh, husnudzon Mot. Depa tanya pasai depa concern kat hang. -_______-"

Serius lah, Ingat ada orang suka-suka ke nak membujang sampai tua. Mestilah nak ada peneman. Kongsi itu ini sama-sama. Buat masa ni, apa aku boleh cakap, I LOVE BEING SINGLE. Aku ada kerja, ada duit, ada family, ada kawan-kawan. Aku tak sunyi lagi. Aku tak rasa lagi FOREVERALONE tu. 

Aku manusia biasa. Bila kawan-kawan dok cerita pasal marka, pasal kahwin, pasal laki, aku stress. Dalam hidup hangpa, takdak cerita lain ka nak kongsi. Meluat taw dak. Kalau aku, aku jenis nak cerita pasal kerja, pasal life, pasal nak travel, pasal makan, pasal movies, pasal muzik dan pasal apa-apa je yg lagi best dari cerita pasal kahwin hari-hari. Aku sangat yakin, sedikit sebanyak apa aku cakap ni ramai bujangan yg setuju. Sangat. 

*wink wink*

So, untuk korang-korang yg berada dalam situasi macam aku ni, mohon korang banyak istighfar. HAHA. Keep calm and go on with your life. 

I like this one. XD

XOXO

Happy reading. ;)

Love,
Mot.