Thursday, 28 March 2013

KESEDIHAN



Kesedihan,
munculnya bersama langit mendung,
berlegar seperti udara lembut,
terpijak seperti tanah basah.
Aku tidak nampak matahari.
Aku tidak merasakan angin kencang.
Aku tidak berpijak di tanah gersang.
Air mutiara turun sedikit demi sedikit,
lalu turun mencurah tanpa malu,
dibiarkan begitu,
lantas kering sendiri di tanah pipi lembut,
tidak perlu disapu.
Biarkan saja!
Ya! Biarkan saja.
Biar jadi ingatan cerita sedih itu.
Biarkan habis di sini.
Kerna aku tahu...
Kesedihan tidak pernah membiarkan kegembiraan
datang sendiri ke hidup manusia.

XOXO


Happy reading and do spreads LOVE.. ;)

Love,
Mot.
Wednesday, 13 March 2013

OH, TODAY IS YOUR BIRTHDAY! #1


ASSALAMUALAIKUM.

Lama gila tak update belog. Sebulan lebih kan? So, hari yang indah ni aku merajinkan diri untuk meng-hupdate entri yg simple. Paling simple lah. Betul!

Bertarikh 13Mac 2013, aku dedikasikan entri khas ni buat buat one of my greatest friends, Nooraini Zainudin sempena birthday beliau ini hari. *Tepuk tangan reramai*

Tahun ni dah masuk tahun keenam friendship kitorang dan berharap akan kekal sampai akhir hayat. HAHA Bermula sebagai coursemate, classmate, roomate, then jadi pendengar setia, kaunselor terbaik. Beliau sahabat paling aku selesa untuk bercerita, luah perasaan bagai. Mungkin sebab dia macam kakak-kakak kot. Selesa panggil beliau Waknon instead of Aini. KIKIKIKI :P

So, today I'm giving you a shout out. 

Waknon, kalau hang baca ni, aku nak wish Happy Birthday yang ke-24 kat hang. Semoga hang panjang umoq, murah rezeki, jadilah anak yang solehah, jadi hamba Allah yang taat, jadi pelajar yang cemerlang, semoga ibadah sentiasa diterima Allah, dan yang paling penting, semoga dipercepatkan jodoh. Abang ipaq, sila muncul. HAHA. May Allah bless you dear. Sayang hang ketat-ketat. Sila terharu. HAHA XD

Sekian ucapan dan doa dari aku. MIHMIHMIH



Tabung kesayangan Waknon yang paling ceria. :D


" SETIAP BILANGAN LILIN HARI JADI DITIUP BUKAN ITU BUKAN UKURAN, TETAPI SEMAKIN BERTAMBAH AMALAN DAN IBADAH KITA YANG PALING PENTING SUPAYA JADI BEKALAN MENEMPUH HARI YANG AKAN DATANG."

"SETIAP DETIK TERUS BERJALAN, JUGA DI IKUTI DENGAN USIA."

XOXO


Happy reading and do spreads LOVE.. ;)

Love,
Mot.