Monday, 24 June 2013

KENAPA DOA TIDAK DIMAKBULKAN?

ASSALAMUALAIKUM.


Mak aku ada beli satu buku ni, lama sangat dah. Agaknya masa aku kecik lagi. Bukunya pon dah kuning gila. Kertas buku dia pon macam novel zaman dolu-2. HUHU. Tajuk bukunya Himpunan Solat-Solat Sunat. Susunan oleh Kamaruddin Mahmod. Mohon diizinkan untuk berkongsi sedikit isi buku ini untuk tujuan kebaikan. Semoga sama-sama mendapat manfaat dan pahala. :) 

Seronok jugak baca buku ilmiah kan instead of asyik baca novel, komik bagai. Seriously aku bukan sejenis manusia yg suka membaca. SERIOUSLY. -.- OK. Aku baca buku ni baru aku taw wujudnya Solat Sunat Malam Isnin, Hari Selasa, Malam Selasa, mohon tolak bala, memudahkan keluar roh dan lain-lain lagi lah. Kalau tak, aku taw solat sunat yg biasa orang buat, biasa dengar je lah. Contohnya solat hajat, taubat, tasbih, istikharah, witir dll. Aku tertarik dengan muka surat kedua terakhir buku ni. Sebab-2 doa tidak dimakbulkan. Mungkin kadang kita terpikir, kenapa doa kita tak dimakbulkan.


Dari petikan buku tersebut :
Pernah orang bertanya Ibrahim Adham (seorang ahli tasauf yg masyhur) mengapa doa mereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa. Jawapan beliau, :-

1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak tunaikan hakNya
2. Kamu sangka bahawa kamu cinta kpd Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu telah makan nikmat-2 Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.
5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untunya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kuburkan mayat tetapi kamu tidak mengambil iktibar drpd mereka.


pic by encik Google


Dalam buku ni disertakan jugak syarat-2 doa supaya dikabulkan.

1. Berdoa dalam keadaan suci drpd hadas & najis.
2. Memohon perkara kebaikan.
3. Dirasai oleh rasa penyesalan di atas dosa-2 yg lalu.
4. Pada waktu-2 tertentu seperti selepas solat fardhu, tengah malam atau hari Jumaat.
5. Dengan khusyuk elok sangka dengan Allah.
6. Hidup dengan makanan yg halal.
7. Tidak meminta perkara maksiat.
8. Menyeru nama Allah yg munasabah dgn hajat yg diminta.
9. Menggesa & mengulang-ulang permohonan itu.


Memang doa itu terserah pada Allah SWT untuk kabulkan atau tidak, tapi kita sebagai hamba kenalah bersungguh-sungguh meminta padaNya kerana sebaik-baik tempat mengadu itu ialah Allah SWT. Bukan mengadu kat Facebook, Twitter. Habis satu dunia taw. eh! Terkena diri sendiri jugak. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak menyedarkan kita yg selalu terlupa dan terleka ni. Semoga kalian juga mendapat manfaat dari info ni. :)


pic by Encik Google


ALLAH SWT answers prayer in 3 ways: HE says YES & gives you what you want. HE says NO & gives you BETTER. HE says WAIT & gives you the BEST EVER. Friends, never stop to pray because ALLAH always hear our doa. :))


XOXO


Happy reading and do spreads LOVE.. ;) 

Love, 
Mot.
Thursday, 28 March 2013

KESEDIHAN



Kesedihan,
munculnya bersama langit mendung,
berlegar seperti udara lembut,
terpijak seperti tanah basah.
Aku tidak nampak matahari.
Aku tidak merasakan angin kencang.
Aku tidak berpijak di tanah gersang.
Air mutiara turun sedikit demi sedikit,
lalu turun mencurah tanpa malu,
dibiarkan begitu,
lantas kering sendiri di tanah pipi lembut,
tidak perlu disapu.
Biarkan saja!
Ya! Biarkan saja.
Biar jadi ingatan cerita sedih itu.
Biarkan habis di sini.
Kerna aku tahu...
Kesedihan tidak pernah membiarkan kegembiraan
datang sendiri ke hidup manusia.

XOXO


Happy reading and do spreads LOVE.. ;)

Love,
Mot.
Wednesday, 13 March 2013

OH, TODAY IS YOUR BIRTHDAY! #1


ASSALAMUALAIKUM.

Lama gila tak update belog. Sebulan lebih kan? So, hari yang indah ni aku merajinkan diri untuk meng-hupdate entri yg simple. Paling simple lah. Betul!

Bertarikh 13Mac 2013, aku dedikasikan entri khas ni buat buat one of my greatest friends, Nooraini Zainudin sempena birthday beliau ini hari. *Tepuk tangan reramai*

Tahun ni dah masuk tahun keenam friendship kitorang dan berharap akan kekal sampai akhir hayat. HAHA Bermula sebagai coursemate, classmate, roomate, then jadi pendengar setia, kaunselor terbaik. Beliau sahabat paling aku selesa untuk bercerita, luah perasaan bagai. Mungkin sebab dia macam kakak-kakak kot. Selesa panggil beliau Waknon instead of Aini. KIKIKIKI :P

So, today I'm giving you a shout out. 

Waknon, kalau hang baca ni, aku nak wish Happy Birthday yang ke-24 kat hang. Semoga hang panjang umoq, murah rezeki, jadilah anak yang solehah, jadi hamba Allah yang taat, jadi pelajar yang cemerlang, semoga ibadah sentiasa diterima Allah, dan yang paling penting, semoga dipercepatkan jodoh. Abang ipaq, sila muncul. HAHA. May Allah bless you dear. Sayang hang ketat-ketat. Sila terharu. HAHA XD

Sekian ucapan dan doa dari aku. MIHMIHMIH



Tabung kesayangan Waknon yang paling ceria. :D


" SETIAP BILANGAN LILIN HARI JADI DITIUP BUKAN ITU BUKAN UKURAN, TETAPI SEMAKIN BERTAMBAH AMALAN DAN IBADAH KITA YANG PALING PENTING SUPAYA JADI BEKALAN MENEMPUH HARI YANG AKAN DATANG."

"SETIAP DETIK TERUS BERJALAN, JUGA DI IKUTI DENGAN USIA."

XOXO


Happy reading and do spreads LOVE.. ;)

Love,
Mot.