Thursday, 13 September 2012

G.E.M.U.K

 ASSALAMUALAIKUM.

Hohoiiiiiii. Apa habaq? Bulan ni aku rajin nak post banyak entry. Suka hati aku lah. HAHA. OK. Back to the title, GEMUK! Ahh, semua perempuan mesti sangat benci bila perkataan tu dituju kat dyorang, termasuk aku lately ni. Terlalu  obses dengan berat.

Korang jangan tak tahu, perempuan ni sangat sensitif dengan berat. Kalau berat turun takpe wey, kalau naik sekilo, tu yg boleh menyebabkan fobia terhadap makanan dan obses terhadap penimbang. Apa aku merepek ni?

Korang pernah jumpa tak spesis kawan-kawan korang yg satu hari mesti nak timbang badan? Tudiaaaaaaaaa salah satu ciri-ciri perempuan obses ngan berat. Eh, hello! Kenapa dari tadi asyik perempuan je? OK. Lelaki pon sama. Aku pernah jumpa spesis macam ni jugak. Tapi jarang la kita nakjumpa kan. Sebab mostly memang perempuan. KIHKIHKIH.

------------------------

Lagi menakutkan bila sampai tahap Anorexia Nervosa dan Bulimia Nervosa. Tahu tak Anorexia dan Bulimia tu apa? Haaaaa, meh nak habaq mai. Anorexia ni ialah situasi di mana seseorang tu sengaja hadkan pengambilan makanan sampai berat badan turun mendadak dan Body Mass Index (BMI) dia dah tak normal. Bulimia pulak bermaksud perangai seseorang ni yang makan macam-macam sampai dia kenyang, lepas tu dia muntahkan semula makanan tu, mungkin dengan cara menjolok anak tekak. Ada juga yang menggunakan laxative dan enema, tak kurang juga yang exercise melampau-lampau. Ini memang kurus tak sihat lah jadinya. Haaaaa, takut tak? Tak takut? Lantak kau.-_________-"

Cekkidauttt BMI  korang down here! :)


Krik krik krik *Bunyi Cengkerik*

------------------

Kenapa aku tulis entry ni eh? Sebenarnyaaaaaa Dragon Ball ada tujuh biji kesemuanya aku sendiri dah gemuk! Haihh. -.-"
Dulu aku macam tak kesah je dengan berat aku sebab berat aku memang normal je. Tapi......pam pam paaaaaaamm *Sound efek* semenjak dua menjak ni, berat badan aku naik dengan meriahnya. Baju dah tak muat, ketat! Dan dukacita nya aku mengumumkan berat aku dah OVERWEIGHT! WHAT??? OVERWEIGHT!!!  Yes, overweight. Tak payah kot aku bagitaw berat aku. *Sigh* -_______________-" 

Jadi, aku bertekad, akan berusaha untuk menurunkan semula berat badan aku ke tahap normal. Ya! Dengan cara yang sihat. Cara yang sihat macammana? Haaaaaa. Buatlah senaman dengan teratur, bersukan, pengambilan makanan yang tak berlebihan. Nak kurus yang sihat, kena lah usaha dan sabar. Tapi susahnyaaaaaaa. -.-" Aku ni pon baru nak sedar diri dah gemuk bila ramai yang tegur, "Eh Syikin, lama tak jumpa kau. Dah makin berisi laa", "Syikin, pipi kau dah macam chipmunk.", "Wey, kau dah kenapa "sehattt benor" sekarang?" Oh, shut up! Aku bahagia. Tu pasal mengembang macam ni tapi aku comel kan? OK. Sila muntah. c(:

So, aku dah pun mulakan sikit-sikit exercise macam cycling, jogging & weight training. Pasni aku cuba cari masa untuk main badminton pulak. Haaaaaaa. Gigih tak? HAHA. Ni pon tricep dengan chest still sakit sebab main weight training hari tu. Kena rest sampai tak sakit. Hmphh! Aku nak berat yang normal balik, so, aku kena gigih berusaha! GIGIH!! :D





Itu saja lah untuk hari ni. Doakan aku supaya dapat balik berat badan aku yang normal OK. HEHE.

Take care uolls.

XOXO



Happy reading and do spread LOVE.. ;)

Love,
Mot.

0 love letter(s):

Post a Comment