Wednesday, 29 August 2012

RAMADHAN DAN SYAWAL 1433H

 ASSALAMUALAIKUM.

Lama sangat tak update belog since JUN hari tu. Haih. Bukan apa, malas sebenarnya. Macammana puasa dan raya korang? :)

Alhamdulillah. Ramadhan kali ni dapat dilalui dengan lancar. Cuma rasa kurang happening bila Raya kena kerja. -.-

Dikesempatan ni, aku nak minta maaf if ada buat salah silap, terkasar bahasa, dan segala TER lagiiiiii. Semoga Syawal 1433H ni membawa 1000 keberkatan untuksemua. Amiiiiiin. :')


29 Ramadhan 1433H - Iftar with my very Bestfriend, AKMA. :')

Secara ringkasnya, Ramadhan aku secara sederhana je, banyak habiskan masa dekat tempat kerja. Sekali je dapat berbuka kat Padang MPK dan berbuka dengan kawan baik. Yang selebihnya berbuka kat rumah dan outlet. :)

SYAWAL INI...


Ini CINTA aku. CINTA DUNIA DAN AKHIRAT aku. 

Sangat happy tahun ni dapat raya satu family. Tahun lepas mak ngan adik raya kat Kampung sebab aku sebok dengan kerja. Tahun ni aku rasa kali pertama aku menangis yg sebenar-benar menangis bila minta maaf ngan abah & mak pagi raya tu. Baru ada kelembutan hati mungkin. Lepas minta maaf semua, baru pergi masjid untuk Solat Hari Raya Aidilfitri.:')

Tahun ni Eryn raya dengan family aku. Sebab kitorang kena kerja dan Eryn tak dapat balik kampung raya ngan family dia. Kita seronok sambut raya, apa salahnya kongsi raya dan keseronokan dengan orang lain kan? TETAMU ITU KAN REZEKI. :')

Secara ringkasnya juga, Syawal ini sangatlah sederhana untuk aku dan family. Kami tak perlu untuk terlalu meriah kalau kami sudah saling melengkapi. :)

SYAWAL! Ramai jugak kawan-kawan yang kawen. Bersepah lah jemputan kenduri kawen dan open house tapi sayang, kerja aku ni payah nak cuti. Jadi, tak dapat nak penuhi semua jemputan, ada sesetengah je dapat pergi.  Tu pon kena curi masa sikit. HEHE

 Semoga kawan-kawan yang sudah dan bakal mendirikan rumah tangga akan berbahagia sehingga ke akhir hayat. Dan bagi kawan-kawan yang menjemput ke rumah terbuka, semoga rezeki kalian melimpah ruah kerana berkongsi nikmat yg Allah bagi dengan orang lain. Amin. INI DOA AKU. :')

" SYAWAL INI UNTUK KITA MENYAMBUT KEMENANGAN SEBAGAI UMAT ISLAM SETELAH SEBULAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN DENGAN MENAHAN LAPAR, DAHAGA, DAN NAFSU"


SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI KITA SEMUA DAN MEMOHON SUPAYA MASIH BERKESEMPATAN BERTEMU DENGAN RAMADHAN-MU LAGI. AMIN. :')

 XOXO


Happy reading and do spread LOVE.. ;)

Love,
Mot.

0 love letter(s):

Post a Comment