Sunday, 25 March 2012

KRONOLOGI MAC

 ASSALAMUALAIKUM.

Aku mulakan entri kali ni dengan ALFATIHAH. Sedekahkan ALFATIHAH korang buat saudara-2 yang telah pergi meninggalkan kita semua. 

MAC. 

15hb MAC 2012. 

Setahun sudah kawan se-jurusan aku masa belajar dulu kembali ke Rahmatullah tapi kenangan-2 masa belajar dulu still kuat lagi dalam ingatan. Kawan-2 yg lain pon still tak lupekan arwah. zURINA MAJID, semoga kau tenang di sisi Allah. Kitorang jugak akan menyusul kemudian satu hari nanti. Kau tetap dalam ingatan kitorang.





 



 15hb MAC 2012.

Bestfriend aku masa zaman budak-2 merangkap jiran paling rapat aku, FADzLEN, call aku kul 8 lebih in the morning. 2kali dia call. Jenis aku memang payah nak jawab call kalo pepagi camtu tambah plak tengah tido. Plus lagi, hari tu aku rasa badan memang sangat tak sehat. Bila aku bangun, mak aku bagitaw Fadzlen call. Dia cakap dia call aku tapi aku tak jawab so dia call mak aku. Dia bagitaw yang mak dia dah meninggal dunia semalam (14hb MAC 2012) time Subuh. Disebabkan busy, 15hb baru sempat bagitaw kitorang. Aku macam.. YA ALLAH, Arwah Cik Mah, aku da anggap macam mak sendiri. :'( Lagi terkejut bila dapat taw arwah meninggal dunia sebab BRAIN CANCER. Mak cakap mase call arwah sebelum ni, arwah cakap dia sehat je. Maybe last-2 minit baru dapat kesan penyakit tu. Dah 10 tahun tak jumpa, lepas arwah ayah Fadzlen meninggal dunia, dyorang satu family pindah ke Melaka, rumah nenek dia. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman di sisi-Nya. Aku harap Fadzlen kuat & tabah jage adik-2 dia tanpa mak & ayah. INSYAALLAH.


15hb MAC 2012 & 16hb MAC 2012

Satu hari badan rasa tak sehat, kejap panas, kejap sejuk. Badan plak naik biji-2 air. Nasib baik aku offday hari tu. Esoknye, aku pi la keje cam biase tapi badan still rasa tak sehat. So, aku pon pi la klinik. Doktor cakap aku kene CHICKENPOX. OK. Aku kene chickenpox di usia 23. Kira OK la, manager aku kene 3bulan lepas, umur 28 ke 29 tah. Biasenye ramai yang kene time dyorang budak-2. Dengan itu, TAHNIAH! Aku dapat MC 10 hari. Yakni, aku still on MC lagi. ngeh3x. -..-"
Tapi seksa badan aku. Gatal-2 sakit. -.-


19hb MAC 2012

Malam tu mak cakap perut sakit macam masok angin. Aku urut mak malam tu. Esoknye, mak tak larat nak bangun, badan panas, sakit kepala, muntah-2. Mak tak larat nak pi klinik. YA ALLAH, nasib baik aku MC boleh jage mak. Kalau tak, mak sakit sorang-2. Abah outstation kat Kelantan, adik plak memang tak boleh harap. -.-  Tiap-2 malam aku nangis sebab tengok mak tak larat macam tu. YA ALLAH, kalau aku boleh ganti sakit mak, aku sanggup. T__T  Sampai hari ni mak still tak sehat, dan aku cadang nak tambah cuti jaga mak sampai abah balik. Ya Allah, aku mohon pulihkan kesihatan mak macam biasa. :'(


Sesungguhnya, aku terima segala ujian yang datang, kerana Engkau sayangkan aku.


Semoga penyakit yang datang, menjadi penghapus dosa-2 kecilku.


"DARIPADA DIA (ALLAH) KITA DATANG, KEPADA DIA (ALLAH) KITA PULANG"


Aku jugak doakan korang semua sentiasa di dalam lindungan ALLAH SWT. Amin.

Wassalam.


 Happy reading and do spreads LOVE.. ;) 

Love, 
Cik Cikin.
Saturday, 17 March 2012

KIAMAT 2012?

 ASSALAMUALAIKUM.

Semalam tengok HALAQAH kat TV9. Tajuk dia KIAMAT 2012?. Itu semua hanya ramalan orang Barat. Kita sebagai umat Islam tidak boleh percaya pada ramalan-ramalan macam tu. Even kita percaya pada zODIAK sahaja, solat kita tidak diterima selama 40 hari. Itu kata dari Ustaz Azhar Idrus. Inikan pula tentang kiamat.

Marilah kita sama-sama muhasabah diri. Lebih baik kita fikirkan kiamat diri kita sendiri iaitu MATI.

 CARILAH REzEKI SEPERTI KITA HIDUP SERIBU TAHUN LAGI DAN BERIBADATLAH SEPERTI NYAWA KITA AKAN DITARIK ESOK HARI.

Hari Kiamat itu rahsia Allah SWT. Bila saja Dia mahukan dan berkata jadi, maka jadilah. KUN FAYA KUN. SUBHANALLAH. :')
 TERIMA KASIH YA ALLAH.



Happy reading and do spreads LOVE.. ;)

 Love,
 Cik Cikin.