Wednesday, 7 December 2011

DUA KALIMAH SYAHADAH :)

 SALAM.

 Hari ni aku nak kongsi dengan korang kelebihan lafaz dua kalimah syahadah. Kepada yang beragama Islam mesti kita tahu mengucap kan. Itu perkara pertama dalam rukun Islam. Syahadah " Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH ". Selalu kita dengar orang cakap bila kita marah, mengucap, ingat ALLAH. Sebelum tidur jugak kita mengucap syahadah kerana kita mungkin tidak bangkit lagi esok harinya.

Ini artikel yang aku ambil dari ruangan Pedoman dalam Harian Metro yang aku tak ingat dah tarikhnye. hehe *aku gunting artikel ni & simpan daripada dyorang buat alas duduk. ;) Korang baca dan hayati isi artikel ni k.


 Bismillahhirrahmannirrahim.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis, pada zaman dulu ada seorang lelaki muallaf yg sedang melakukan wukuf di Arafah, bagi menunaikan salah satu rukun haji yg dilaksanakannya. Ketika berhenti sebagai memenuhi tuntutan rukun paling penting itu, lalu dia pun mengutip sebanyak tujuh biji batu seraya berniat : " Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH."

Namun, ditakdirkan selepas itu dia tertidur dalam keadaan batu yg dikutipnya itu tadi terletak di bawah kepalanya dan bermimpi seolah-olah tibanya hari kiamat. Dalam mimpi itu, dia melihat setiap amalan, hinggalah mendapati berat dosanya itu lebih berat daripada pahala yang dikerjakan ketika di dunia. Lalu, diperintahkan malaikat untuk berjalan menuju ke sebuah pintu yg sememangnya membawa dirinya terus ke neraka.

Bagaimanapun, ketika hendak melangkah masuk menerusi salah satu pintu itu, tiba-tiba datang batu-batu kecil menghalang laluannya. Walaupun dicuba beberapa kali untuk memasukkan lelaki itu menerusi pintu itu, ternyata ia sia-sia kerana setiap kali itu juga muncul batu-batu kecil itu yg segera menghalang laluan pintu berkenaan. Lalu, malaikat yg mengiringi lelaki itu kemudian membawanya ke pintu neraka lain dan ternyata ia tetap gagal kerana setiap kali itu juga muncul batu-batu kecil yg menghalang laluan pintu itu hingga habis kesemua tujuh pintu neraka didatangi.

Kerana gagal dalam percubaan memasukkan lelaki itu ke dalam semua pintu neraka, malaikat yang mengiringinya kemudian membawanya menghadap ALLAH SWT. Di situlah ALLAH SWT kemudian berfirman kepadanya yang bermaksud : " Wahai hambaku, aku menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan mensia-siakan hakmu, sedangkan aku menyaksikan syahadah yg engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."

Lalu, malaikat itu kemudian membawanya menuju sebuah pintu syurga dan ternyata tiada lagi batu-batu kecil yg menyekat laluan sebaliknya pintu syurga yg dilaluinya itu terbuka selebar-lebarnya bagi memudahkannya lalu. Itulah kelebihan bagi sesiapa yg melafazkan dua kalimah syahadah sebagaimana sabda Rasulullah SAW yg menyatakan bahawa : " Barang siapa yang kalimah akhirnya adalah 'La Ilaha Illallah' nescaya akan masuk syurga."

Justeru itu, sama-samalah kita memperbanyakkan mengucap kalimah syahadah dengan niat memperbaharui nilai iman dan Islam dengan menyerahkan diri kepada ALLAH SWT serta mengikut syariat yg dibawa Rasulullah SAW, mudah-mudahan kita mendapat Rahmat dan keredhaan daripada ALLAH SWT. Amin.

p/s : Artikel di atas tidak diubah sama sekali. :)


"Ya ALLAH, sesungguhnya aku cuma seorang hamba-Mu yg sangat kerdil. Hanya pada-Mu lah tempat aku memohon keampunan dan pertolongan. Hanya kepada-Mu lah tempat aku mengadu. Aku mencuba mengikhlaskan diri di dalam setiap ibadatku pada-Mu Ya ALLAH. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk-Mu Ya ALLAH. Ya ALLAH, aku tidak layak untuk ke syurga-Mu, namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu. Yang aku mohon cuma keredhaan dan keberkatan dari-Mu untukku Ya ALLAH."  :'(  -ASYIKIN IBRAHIM-




Happy reading and do spreads LOVE.. ;)

Love,
Cik Cikin.

8 love letter(s):

  1. Assalamu'alaikum terima kasih artikelnya dan juga kunjungannya

    ReplyDelete
  2. Salam,

    terima kasih atas pengisian dan kunjungan.

    ReplyDelete
  3. thanx 4 sharing and remind...semoga kita sama2 bjaya mnharungi hidup di dunia ini dan jadi muslimah solehah. amin.

    ReplyDelete
  4. nanti eyqa nak copy post nie yer syg.. =)

    ReplyDelete
  5. best info...blog ringgan je...walaupun letak macam2 widget...apa rahsianya..

    ReplyDelete