Wednesday, 7 December 2011

DUA KALIMAH SYAHADAH :)

 SALAM.

 Hari ni aku nak kongsi dengan korang kelebihan lafaz dua kalimah syahadah. Kepada yang beragama Islam mesti kita tahu mengucap kan. Itu perkara pertama dalam rukun Islam. Syahadah " Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH ". Selalu kita dengar orang cakap bila kita marah, mengucap, ingat ALLAH. Sebelum tidur jugak kita mengucap syahadah kerana kita mungkin tidak bangkit lagi esok harinya.

Ini artikel yang aku ambil dari ruangan Pedoman dalam Harian Metro yang aku tak ingat dah tarikhnye. hehe *aku gunting artikel ni & simpan daripada dyorang buat alas duduk. ;) Korang baca dan hayati isi artikel ni k.


 Bismillahhirrahmannirrahim.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis, pada zaman dulu ada seorang lelaki muallaf yg sedang melakukan wukuf di Arafah, bagi menunaikan salah satu rukun haji yg dilaksanakannya. Ketika berhenti sebagai memenuhi tuntutan rukun paling penting itu, lalu dia pun mengutip sebanyak tujuh biji batu seraya berniat : " Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH."

Namun, ditakdirkan selepas itu dia tertidur dalam keadaan batu yg dikutipnya itu tadi terletak di bawah kepalanya dan bermimpi seolah-olah tibanya hari kiamat. Dalam mimpi itu, dia melihat setiap amalan, hinggalah mendapati berat dosanya itu lebih berat daripada pahala yang dikerjakan ketika di dunia. Lalu, diperintahkan malaikat untuk berjalan menuju ke sebuah pintu yg sememangnya membawa dirinya terus ke neraka.

Bagaimanapun, ketika hendak melangkah masuk menerusi salah satu pintu itu, tiba-tiba datang batu-batu kecil menghalang laluannya. Walaupun dicuba beberapa kali untuk memasukkan lelaki itu menerusi pintu itu, ternyata ia sia-sia kerana setiap kali itu juga muncul batu-batu kecil itu yg segera menghalang laluan pintu berkenaan. Lalu, malaikat yg mengiringi lelaki itu kemudian membawanya ke pintu neraka lain dan ternyata ia tetap gagal kerana setiap kali itu juga muncul batu-batu kecil yg menghalang laluan pintu itu hingga habis kesemua tujuh pintu neraka didatangi.

Kerana gagal dalam percubaan memasukkan lelaki itu ke dalam semua pintu neraka, malaikat yang mengiringinya kemudian membawanya menghadap ALLAH SWT. Di situlah ALLAH SWT kemudian berfirman kepadanya yang bermaksud : " Wahai hambaku, aku menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan mensia-siakan hakmu, sedangkan aku menyaksikan syahadah yg engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."

Lalu, malaikat itu kemudian membawanya menuju sebuah pintu syurga dan ternyata tiada lagi batu-batu kecil yg menyekat laluan sebaliknya pintu syurga yg dilaluinya itu terbuka selebar-lebarnya bagi memudahkannya lalu. Itulah kelebihan bagi sesiapa yg melafazkan dua kalimah syahadah sebagaimana sabda Rasulullah SAW yg menyatakan bahawa : " Barang siapa yang kalimah akhirnya adalah 'La Ilaha Illallah' nescaya akan masuk syurga."

Justeru itu, sama-samalah kita memperbanyakkan mengucap kalimah syahadah dengan niat memperbaharui nilai iman dan Islam dengan menyerahkan diri kepada ALLAH SWT serta mengikut syariat yg dibawa Rasulullah SAW, mudah-mudahan kita mendapat Rahmat dan keredhaan daripada ALLAH SWT. Amin.

p/s : Artikel di atas tidak diubah sama sekali. :)


"Ya ALLAH, sesungguhnya aku cuma seorang hamba-Mu yg sangat kerdil. Hanya pada-Mu lah tempat aku memohon keampunan dan pertolongan. Hanya kepada-Mu lah tempat aku mengadu. Aku mencuba mengikhlaskan diri di dalam setiap ibadatku pada-Mu Ya ALLAH. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk-Mu Ya ALLAH. Ya ALLAH, aku tidak layak untuk ke syurga-Mu, namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu. Yang aku mohon cuma keredhaan dan keberkatan dari-Mu untukku Ya ALLAH."  :'(  -ASYIKIN IBRAHIM-




Happy reading and do spreads LOVE.. ;)

Love,
Cik Cikin.
Thursday, 1 December 2011

DECEMBER

 SALAM.

A SIMPLE WRITING TODAY.


HYE. HYE. WELCOME UNKNOWN DECEMBER. FOR PAST 3YEARS IT'S SUCH A VERY HAPPY DECEMBER. BUT NOW IT IS FULL WITH SADNESS, SORROW. SO I CALLED IT A BITTER DECEMBER. I WISH AND I HOPE SOMETHING @ SOMEONE WILL CHANGE IT TO A SWEET DECEMBER. THEN, I CAN CALL IT MY DEAR SWEET DECEMBER. INSHAALLAH. ;)


Happy reading and do spreads LOVE.. ;)

Love,
Cik Cikin.
Monday, 28 November 2011

JIWA #1

 KITA SEBAGAI MANUSIA TIDAK PERNAH 
LEPAS DARI MASALAH. KADANG-KADANG KITA MENANGIS 
KERANA MERASAKAN MASALAH ITU TERLALU MEMBEBANKAN. 
MENANGISLAH! 
DAN SELEPAS ITU TERSENYUMLAH
KERANA KITA TAHU ITU CUMA UJIAN DARI ALLAH SWT 
KERANA DIA SAYANGKAN KITA.



Happy reading and do spreads LOVE.. ;)

Love,
Mot.
Thursday, 24 November 2011

HEY.HEY.APA ITU FACEBLOG ? ;)

 SALAM.
Hai korang. OK. Hari ni nak cerita pasal FACEBLOG . Korang taw tak FACEBLOG ni ape? Haaaa..aku pon baru je join FACEBLOG ni. Tujuan FACEBLOG ini diwujudkan untuk mengumpul dan membina satu komuniti BLOGGER cam kite-kite ni khususnye di seluruh MALAYSIA dan dunia. So, jom lah kita join FACEBLOG untuk bantu geng-geng BLOGGER kita di seluruh MALAYSIA. FACEBLOG jugak bertujuan menjalinkan hubungan yg lebih erat antara BLOGGER same macam FACEBOOK. Alang-alang korang da join FACEBOOK, jom join FACEBLOG jugak.HEHE ;)


Edit



Happy reading and do spread LOVE.. ;)

Love,
Cik Cikin.
Saturday, 29 October 2011

OH! CHOCOLATE OREO ICE BLENDED. ;)

SALAM.

Hai korang. Korang mesti tahu kan booth cam COOL BLOG, EACH A CUP, DAILY FRESH & lain-lain tu kan. Haaa..before this aku selalu jugak beli chocolate oreo ice blended kat COOL BLOG. Tapi kadang-kadang rase kecewa jugak sebab bila dah sedut air nye sampai nak habis tetibe da rasa tawar.
 But then aku pon tergerak hati nak try beli kat EACH A CUP pulak. Jadi chocolate oreo ice blended ialah pilihan pertama aku.HEHE So, aku menjamahnya dengan penuh kelazatan.NYUMMM.! Rasa dia better than kat COOL BLOG. Cukup manis, coklat, oreo, pekat. Overall, MARVELLOUS.!! ;)
Rasa dia memang sedap ah. Sumpah tak tipu. (d^^,d)

Meh aku tunjukkan ingredient nye ;

1) First mesti lah coklat. tapi aku tengok dia bubuh cam serbuk koko gitu. HUHU


2) Second, gula halus untuk menambah manis.


3) Third, my favourite, OREO COOKIES. ;)


4) Lastly, mestilah ada ice cube.


And.... Puuuffffffffffff.!! Jadilah CHOCOLATE OREO ICE BLENDED. ;))


Haaaa...korang pon boleh pilih kaler straw yang korang suke.HEHE


So, inilah chocolate oreo ice blended yang aku selalu beli tu. Kat mana ? Kat EACH-A-CUP lah.. ;)


Pssstt, member - member keje aku pulak sibok cakap aku beli ice blended ni bagi cina kaya. Sorry, aku beli sebab aku suke. Suke hati aku lah. HAHA ;D
HARI-HARI BELI CHOCOLATE OREO ICE BLENDED, DIPERSILAKAN GEMOK DAN BANKRAP LAH AKU. ;D


Happy reading and do spreads LOVE.. ;)

Love,
Cik Cikin
Friday, 15 April 2011

IN LOVING MEMORIES..

SALAM..

Huh..hari ni dah genap sebulan arwah Zurina Majid pergi tinggalkan kita semua..hari ni baru aku berpeluang untuk cerita tentang dia. Beliau seorang kawan yang best giler, classmate yang sempoi, member bergurau yang syok, tak pernah menyakitkan hati pon..tapi Allah SWT lebih sayangkan beliau..15 Mac yang lalu, beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya. Sedih tak tahu nak cakap macam mana..rasa macam tak percaya..

Seminggu sebelum beliau pergi, hari-hari beliau komen dengan aku kat Facebook..paling tidak pon, mesti beliau je asyik like aku nye status-status kat Facebook tu..Even beliau bukan lah kawan yang rapat sangat ngan aku tapi kehilangan beliau memberi kesan yang tersangat..

Tambah-tambah lagi kawan-kawan baik beliau mesti terasa sangat kehilangan beliau..aku dapat rasa tu..apa-apa pon, yang dah pergi tetap pergi, kita yang masih hidup masih perlu teruskan perjalanan hidup..
aku sebagai sahabat hanya mampu sedekahkan ALFATIHAH setiap kali aku ingatkan kau Zurina..You're still the best...We will miss you..with lots of love...


*Miss you a lot Zurina....*

....AL FATIHAH....

LOVE,
Cik Cikin...