Wednesday, 3 January 2018

F**K YOU, CANCER!

I hate you cancer! You don't deserve a place in this world. You make people suffer to death. 😠


To all cancer fighter, keep strong and keep fighting. Let's win this war. 💪


Wednesday, 27 July 2016

SEPARUH DUA KOSONG SATU ENAM


 ASSALAMUALAIKUM.


Pergh! It's been a while doeee. Sekarang dah half 2016 and aku baru tergerak nak hupdate belog inihhh.
Mohon korang sapu segala sawang-sawang kat sini k. 
kekekeke.

Nothing much happen. Just aku mengambil tindakan sangat drastik tahun lepas. Errr. 
Harap aku tak menyesal dengan apa yg aku dah buat ni.
Semoga Allah permudahkan urusan aku. 
Amin.

Will come back soon with new update. Just stay. :)

 


Happy reading. ;)

Love,
Mot.
Saturday, 2 May 2015

BEING SINGLE & KRONOLOGI KAHWIN.

ASSALAMUALAIKUM.




*ihsan 9chat*

2015 dan masih tak ada calon. Kenal-kenal pon tak ada. I'm not worry about this but people keep asking when is my turn.*English cabukk* Mana tidaknya orang tanya, kalau kawan-kawan yg lain ada yg dah masuk dua orang anak. Orang-orang tu termasuklah kawan-kawan tadika, kawan-kawan sekolah rendah, kawan-kawan sekolah menengah, kawan-kawan sekolej, kawan-kawan kerja, kenalan-kenalan, jiran-jiran, makcik-makcik gosip, sepupu sepapat, mak pak sedara, sedara bau-bau bacang, MAK SENDIRI pon tanya jugak.

Duhh. Kadang benda ni menyakitkan hati bila ditanya lebih dari sekali. Asal jumpa nak tanya. Dalam Whatsapp pon nak tanya. 

*ihsan 9gag*

Kronologi sebelum dan selepas kahwin ye adik-adik.
1.  Mula-mula kita yg bujang ni ditanya, bila nak kahwin, teringin nasi minyak katanya. Dalam hati, nasi minyak kat pasar malam pon ada jual.
2. Bila dah kahwin. Haaaa dah pulak soalan, bila nak berisi ni wokk. Means bila nak pregnant la. Hang ingat pregnant tu macam tabur benih pastu tumbuh terus ke cemana? Benih pokok pon kadang takmau hidup sekali siram, ye dak? Maksudnya kena cuba banyak kali la. Uuuu deep. HAHA.
3. Bila dah beranak dapat first baby, tudiaaaaaaa mai joyah-joyah yg ziarah ni tanya, ni dah dapat sorang, bila nak tambah bagi jadi sepasang ni? Kawan tu tak habis pantang sat gi meroyan baling pinggan baru taw.
4. Dan seterusnya untuk anak ke 2, 3, 4, 5 .....
5. Anak-anak dah besar panjang. Tanya pulak, hang bila nak bermenantu? Pala hotak hang berjambui.
6. Hang bila nak ada cucu?
7. Bila nak ada cucu ke 2, 3, 4, 5 ...
8. Hang bila nak mampuih?
9. Maa Rabbuka?


*Tepuk dahi berjemaah*

Bagi aku, aku tak perlu nak rushing kot benda-benda macam ni. Benda ni kalau boleh biar sekali seumur hidup. Biar yg terbaik. Biar puas hati. In sha Allah kalau ada jodoh, aku tayang ah. Ecehhh. Tak payah sibuk nak tanya. Sebab aku taw jenis hat sibuk tanya banyak-banyak ni pasal depa nak compare, depa punya lagi baguih ka apa. Piiirraaahhhh. Niat tak baik sungguh. Paling jilaka perangai, ada yg kahwin baru berapa bulan, tak sampai setahun dah mengajar orang lain. Kadang ayat dia tu camni, "Rugi taw kahwin lewat. Seronok taw kahwin ni.". Herghhh.
Eh, husnudzon Mot. Depa tanya pasai depa concern kat hang. -_______-"

Serius lah, Ingat ada orang suka-suka ke nak membujang sampai tua. Mestilah nak ada peneman. Kongsi itu ini sama-sama. 

Aku manusia biasa. Bila kawan-kawan dok cerita pasal marka, pasal kahwin, pasal laki, aku stress. Dalam hidup hangpa, takdak cerita lain ka nak kongsi. Meluat taw dak. Kalau aku, aku jenis nak cerita pasal kerja, pasal life, pasal nak travel, pasal makan, pasal movies, pasal muzik dan pasal apa-apa je yg lagi best dari cerita pasal kahwin hari-hari. Aku sangat yakin, sedikit sebanyak apa aku cakap ni ramai bujangan yg setuju. Sangat. 

*wink wink*

So, untuk korang-korang yg berada dalam situasi macam aku ni, mohon korang banyak istighfar. HAHA. Keep calm and go on with your life. 

I like this one. XD

XOXO

Happy reading. ;)

Love,
Mot.
Thursday, 9 April 2015

2015.

ASSALAMUALAIKUM. :)




Huh. Almost 2 tahun tak update. Ada lagi ke orang update belog? 
Just want to say hi to Twothousandandfifteen. 
Baru kemaskini belog. New fresh look.
See you soon.

XOXO



Happy reading. ;) 

Love,
Mot.
Monday, 24 June 2013

KENAPA DOA TIDAK DIMAKBULKAN?

ASSALAMUALAIKUM.


Mak aku ada beli satu buku ni, lama sangat dah. Agaknya masa aku kecik lagi. Bukunya pon dah kuning gila. Kertas buku dia pon macam novel zaman dolu-2. HUHU. Tajuk bukunya Himpunan Solat-Solat Sunat. Susunan oleh Kamaruddin Mahmod. Mohon diizinkan untuk berkongsi sedikit isi buku ini untuk tujuan kebaikan. Semoga sama-sama mendapat manfaat dan pahala. :) 

Seronok jugak baca buku ilmiah kan instead of asyik baca novel, komik bagai. Seriously aku bukan sejenis manusia yg suka membaca. SERIOUSLY. -.- OK. Aku baca buku ni baru aku taw wujudnya Solat Sunat Malam Isnin, Hari Selasa, Malam Selasa, mohon tolak bala, memudahkan keluar roh dan lain-lain lagi lah. Kalau tak, aku taw solat sunat yg biasa orang buat, biasa dengar je lah. Contohnya solat hajat, taubat, tasbih, istikharah, witir dll. Aku tertarik dengan muka surat kedua terakhir buku ni. Sebab-2 doa tidak dimakbulkan. Mungkin kadang kita terpikir, kenapa doa kita tak dimakbulkan.


Dari petikan buku tersebut :
Pernah orang bertanya Ibrahim Adham (seorang ahli tasauf yg masyhur) mengapa doa mereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa. Jawapan beliau, :-

1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak tunaikan hakNya
2. Kamu sangka bahawa kamu cinta kpd Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu telah makan nikmat-2 Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.
5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untunya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kuburkan mayat tetapi kamu tidak mengambil iktibar drpd mereka.


pic by encik Google


Dalam buku ni disertakan jugak syarat-2 doa supaya dikabulkan.

1. Berdoa dalam keadaan suci drpd hadas & najis.
2. Memohon perkara kebaikan.
3. Dirasai oleh rasa penyesalan di atas dosa-2 yg lalu.
4. Pada waktu-2 tertentu seperti selepas solat fardhu, tengah malam atau hari Jumaat.
5. Dengan khusyuk elok sangka dengan Allah.
6. Hidup dengan makanan yg halal.
7. Tidak meminta perkara maksiat.
8. Menyeru nama Allah yg munasabah dgn hajat yg diminta.
9. Menggesa & mengulang-ulang permohonan itu.


Memang doa itu terserah pada Allah SWT untuk kabulkan atau tidak, tapi kita sebagai hamba kenalah bersungguh-sungguh meminta padaNya kerana sebaik-baik tempat mengadu itu ialah Allah SWT. Bukan mengadu kat Facebook, Twitter. Habis satu dunia taw. eh! Terkena diri sendiri jugak. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak menyedarkan kita yg selalu terlupa dan terleka ni. Semoga kalian juga mendapat manfaat dari info ni. :)


pic by Encik Google


ALLAH SWT answers prayer in 3 ways: HE says YES & gives you what you want. HE says NO & gives you BETTER. HE says WAIT & gives you the BEST EVER. Friends, never stop to pray because ALLAH always hear our doa. :))


XOXO


Happy reading and do spreads LOVE.. ;) 

Love, 
Mot.